Amazon.com Widgets Western Food Murah Dan Sedap Di Pahang - Id Wanis Western Food | Factips.com

Factips.com

Gundams & Malaysia

Factips.com header image 2

Western Food Murah Dan Sedap Di Pahang - Id Wanis Western Food

April 13th, 2008 · No Comments

Saya suka mencuba pelbagai jenis makanan. Suka bercerita tentang makanan dan tempat-tempat menarik yang menyediakan makanan yang enak. Sanggup ke mana saja untuk mencari makanan. Serta suka menonton rancangan masakan. Kadang-kadang suka mencuba resepi baru. Tapi kebanyakannya kurang menjadi!!

Di sini saya nak berkongsi tentang tempat-tempat yang menyediakan makanan yang sedap. Saya amat menggemari black pepper steak. Dahulunya, saya selalu makan di Merdeka Station Kuantan. Tempat makan tu macam food court la lebih kurang. Terdapat stall-stall yang menyediakan pelbagai jenis makanan seperti masakan panas, satay, ikan bakar, yong tau foo, western food dan lain-lain. Tapi yang paling special western food la. Saya selalu ke situ untuk makan black pepper steak. Saya percaya ramai peminat black pepper steak kat Kuantan ni. Biasanya kalau lambat sikit pergi makan kat situ, alamat gigit jari la….cepat abis steak tu, banyak orang order. Steak kat situ saya rasa tak ada tandingan dengan tempat lain. Dagingnya yang begitu lembut, black pepper sauce yang sedap dihiasi dengan mix vegi serta dilengkapi french fries. (Jangan dibandingkan dengan steak hotel ya….ini steak kedai biasa yang kita mampu makan selalu!!)

Tapi, sejak Merdeka Station Kuantan tutup, kalau tak silap saya dlm tahun lepas tempat tu tutup, bila teringin je nak makan steak saya tak tahu nak ke mana. Pantang ada kawan-kawan bercerita pasal steak mesti pergi cuba makan kat situ. Banyak kali terkena, kebanyakan restoran atau tempat makan yang saya kunjungi, tak sama macam steak Merdeka Station. Selalunya dagingnya keras hingga sakit rahang mengunyahnya dan harganya terlalu mahal - tidak berbaloi rasanya (hati pun sakit). Bagi saya, saya sanggup bayar berapa saja untuk makanan yang sedap.

Dalam pencarian ke mana pergi western food Merdeka Station, saya pernah cuba black pepper steak di Restoran MC B di Kubang Kerian, Kelantan. Rasanya boleh tahan tambahan pula harganya yang murah. Kat situ kalau nak minum, saya rekemen ice blended honey dew. Best….

Nak ditakdirkan, saya nak balik rumah dan lalu ikut Jalan Gambut, tiba-tiba ternampak satu sign board terlekat kat pagar Rock Garden (tempat makan berhadapan TNB Kuantan, bersebelahan hotel Grand Continental Kuantan). —Id Wanis Western Food Merdeka Station—

Dah jumpa dah!! Jadi kepada penggemar-penggemar western food Merdeka Station yang dah lama miss dengan black peper steak Merdeka Station tu, bolehlah pergi makan kat Rock Garden. Mereka dah pindah ke situ. Saya dah pergi makan kat situ. 2 black pepper steak, satu french fries, dua air, harganya cuma RM27.00 sahaja!! Ada pembaharuan pulak tu, dulu dekat steak diaorang tak letak bun. Sekarang dah ada bun. Dan dihidangkan panas-panas dalam hotplate. Berasap…

Sesiapa yang datang berkunjung ke Kuantan bolehlah datang makan western food kat Rock Garden. Untuk kanak-kanak boleh order chicken boxing. Saya gerenti sedap!!

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Tags: Makan2 Malaysia

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

You must log in to post a comment.